Wednesday, February 6, 2013

Perjumpaan Mentor Mentee Kali Pertama 2013

Perjumpaan Mentor Mentee Kali Pertama telah diadakan pada 4 Februari yang lalu. Selepas perhimpunan, para pelajar telah bergerak ke kamar masing-masing untuk perjumpaan ini. 

Pada perjumpaan kali ini, sesi taarauf telah dijalankan agar mentor dan mentee berpeluang untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain.



Diharapkan agar semua ahli dapat berhubung dengan mentor masing-masing jika menghadapi apa-apa masalah di asrama mahupun di sekolah. 

Juga diharapkan agar kamar-kamar dapat dihias, dijaga dan dikemaskan dengan baik bagi memastikan markah 3K rumah adalah tinggi. Ahli-ahli bolehlah mendapatkan nasihat atau pertolongan mentor masing-masing dalam hal ini.

suka? boleh LIKE

Monday, February 4, 2013

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Kali Ketiga telah diadakan pada 2 Februari yang lepas. Para pelajar telah berkumpul seawal 7.30 pagi bagi aktiviti memanaskan badan. Aktiviti ini telah dibuat mengikut rumah masing-masing dan dikendalikan



Para pelajar telah dilepaskan oleh Pengetua Kanan SEMESRA, Hjh Norzila binti Idris mengikut kategori pada pukul 8 pagi. 


 Gambar-gambar sekitar kejohanan


 Antara ahli rumah yang berjaya mendapat tempat 15 terbaik dalam kategori masing-masing


Pada kejohanan ini, Akhirul Zaman hanya berjaya mendapat tempat keempat. Namun begitu, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli yang berusaha untuk menamatkan larian masing-masing dalam usaha menambahkan mata rumah.

Diharapkan agar semua ahli rumah akan terus berusaha bagi memperbaiki kedudukan rumah dalam bidang sukan. Semoga prestasi rumah akan dapat diperbaiki dalam kejohanan akan datang.

suka? boleh LIKE

Thursday, January 31, 2013

Mesyuarat Rumah Pertama 2013

Pada hari Rabu bersamaan 31 Januari yang lepas telah diadakan satu Mesyuarat Rumah bagi Kali Pertama pada tahun ini. Perjumpaan iringkas ini telah diadakan bagi memperkenalkan barisam guru pembimbing serta ahli-ahli Majlis Tertinggi rumah.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Rumah Akhirul Zaman iaitu Muhammad Nur Ariff bin Nor Azan. Ketua Guru Rumah bagi tahun ini  iaitu Ustaz Sahiful Izuan telah dijemput untuk memberikan sepatah dua kata. Beliau seterusnya memperkenalkan barisan guru pembimbing bagi rumah Akhirul Zaman dan sekaligus mengumumkan nama mentor-mentor bagi setiap dorm.


Kemudian, KR Akhirul Zaman memperkenalkan pula barisan Majlis Tertinggi AZ bagi tahun ini.



Semasa perjumpaan ini, KR telah berkesempatan untuk memberitahu sedikit sebanyak harapan dan perancangan bagi rumah pada tahun ini. 

Tahniah diucapkan kepada barisan MT yang telah dilantik bagi mengemudi rumah pada tahun ini. Diharapkan agar anda semua akan menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan dengan baik. 

Kepada semua ahli rumah, berikan kerjasama yang padu kepada guru-guru pembimbing rumah serta ahli-ahli MT AZ. Semoga pada tahun ini, kita akan dapat merampas semula piala pusingan bagi Anugerah Rumah Terbaik Keseluruhan, in sya Allah.

AD ALTA!

suka? boleh LIKE