Wednesday, December 14, 2011

Majlis Makan Malam Akhirul Zaman 2011

Pada tanggal 2 November , Majlis Makan Malam Akhirul Zaman telah diadakan bertempat di Dewan Dato' Haji Azam. Majlis ini bertujuan untuk meraikan kejayaan rumah Akhirul Zaman sebagai rumah terbaik keseluruhan disamping untuk menghargai pelajar Tingkatan 5 (Valedictorians) yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi.

Meja VIP

MC

Majlis bermula dengan ketibaan Puan Hajah Norzila ke dewan diikuti guru-guru Penolong Kanan. Seterusnya ucapan beliau bermula diikuti dengan ucapan Ketua Guru Rumah, Cik Jaslinawati binti Saad dan Ketua Rumah iaitu saudara Danial Zakaria.


Pengetua Kanan Hjh Norzila bt Idris

Ketua Rumah 2011


Seterusnya semua hadirin diminta untuk mengambil juadah yang disediakan. Bermula pula persembahan daripada wakil Tingkatan Satu diikuti dengan wakil pelajar Tingkatan Dua. Sememangnya mereka mempunyai bakat yang terpendam !

persembahan Tingkatan 2

persembahan Tingkatan 4

Seterusnya tiba pula sesi pemberian hadiah kepada pelajar Tingkatan Lima oleh guru-guru rumah.




bergambar kenangan

Majlis berakhir sekitar pukul 11 malam. Diharapkan pelajar Tingkatan Lima melakukan yg terbaik dalam SPM mereka. Kami warga Akhirul Zaman semestinya akan merindui pemergian kalian ! Semoga berjaya dalam hidup yang bakal ditempuhi.

suka? boleh LIKE

Tuesday, December 13, 2011

Hari Ko-kurikulum dan HEM 2011

Tanggal 29 hb yang lalu telah diadakan Hari Ko-kurikulum dan HEM bagi tahun 2011. Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada pelajar dan guru-guru yang telah menyumbang kepada pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

Majlis bermula pada pukul 9 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Hamzani b. Suein, Penolong Pengarah Kanan Sekolah Unit SBPSK. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Kadet Polis sebelum tetamu kehormat dan barisan pentadbiran bergerak masuk ke Dewan Dato' Azam.




Seterusnya majis penyampaian anugerah kepada semua pemenang telah diadakan. Seperti yang dijangka, Akhirul Zaman telah memenangi Anugerah HEM Kamar Lelaki Terbaik iaitu kamar Akhirul Zaman 1 Aspura.



Bukan itu sahaja, Anugerah HEM Kamar Perempuan Terbaik juga dirangkul oleh rumah Akhirul Zaman iaitu juga kamar Akhirul Zaman 1 Aspuri.


Seterusnya saat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh warga SEMESRA yang menghuni Dewan Dato' Haji Azam iaitu Anugerah Rumah Terbaik Keseluruhan. Penantian dan segala penat lelah yang dirasai oleh semua warga Akhirul Zaman dalam berusaha sepanjang tahun untuk mengekalkan kejuaraan rumah terbaik keseluruhan pada tahun 2010 akhirnya terbalas apabila rumah Akhirul Zaman sekali lagi dinobatkan sebagai Rumah Terbaik Keseluruhan untuk tahun 2011 !


Diharapkan Akhirul Zaman akan merangkul kejayaan yang sama pada tahun 2012. InsyaAllah ~

suka? boleh LIKE

Tuesday, October 4, 2011

Good Luck AZ Extroverts!


Satu perjumpaan ringkas bersama para pelajar Tingkatan Tiga Akhirul Zaman telah diadakan semalam di surau SEMESRA. Majlis ringkas ini bertujuan untuk memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan PMR bermula hari ini.

Pada majlis ini juga, para pelajar Tingkatan 3 telah diberikan alat tulis sebagai tanda sokongan padu dari seluruh warga AZ.




Seluruh warga Akhirul Zaman mengucapkan selamat berjaya kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 Akhirul Zaman. Semoga 8A akan menjadi milik anda kerana kejayaan anda adalah kebanggaan kami!

suka? boleh LIKE

Sunday, June 26, 2011

Minggu Koperasi SEMESRA 2011

SEMESRA telah melancarkan Minggu Koperasi tahun 2011 pada Ahad yang lepas. Variasi aktiviti yang menarik telah diadakan termasuklah acara tarik tali, pertandingan nyanyian lagu patriotik, bazaar jualan dan lain-lain lagi. Pelbagai pertandingan yang dianjurkan telah disertai oleh ahli-ahli Akhirul Zaman bertujuan untuk menaikkan lagi nama Akhirul Zaman dalam kalangan rumah-rumah sukan yang lain. Berikut adalah antara acara yang dimenangi oleh rumah Akhirul Zaman;

-Sketsa Korporat (Johan)
- Nyanyian Patriotik L (Naib Johan)
- Nyanyian Patriotik P(Naib Johan)
- Acara Tarik Tali P (Johan)
-Kutipan Gerai Terbanyak (Johan)
-Pengucapan awam (Johan)

 Gerai Akhirul Zaman sememangnya nampak gah

         Aksi cilik ahli-ahli Akhirul Zaman

       Antara santapan yang disediakan untuk jualan gerai

'The Haunted Mansion', pemenang kutipan jualan terbanyak
antara yang hantu-hantu yang ada di Haunted Mansion
Are you brave enough?
Dorm Terbaik (Tempat kedua)
Johan Pertandingan Pengucapan Awam
Tempat kedua Pertandingan Busana
Tahniah pasukan tarik tali perempuan!

 Tahniah Johan Sketsa Korporat!

suka? boleh LIKE

Sunday, June 19, 2011

Kejohanan Olahraga SEMESRA Kali Kedua

Tanggal 18 Jun 2011, SEMESRA telah mengadakan Kejohanan Olahraga Kedua yang berlangsung di padang SEMESRA. Pada jam 8.30 pagi, kejohanan bermula dengan dirasmikan oleh mantan Pengetua Cemerlang SEMESRA iaitu Dato' Haji Azam b. Md Atan.

Kejohanan bermula dengan upacara perbarisan para pengawas disertai oleh pasukan unit beruniform dan seterusnya disusuli dengan perbarisan rumah-rumah sukan termasuklah Akhirul Zaman, Kelana Petra, Lela Maharaja dan Johan Pahlawan. Malangnya rumah Akhirul Zaman tidak berjaya merangkul tempat pertama dalam acara perbarisan, sekadar beroleh tempat kedua.

Tempat kedua perbarisan
Semangat membara ahli Akhirul Zaman

Kejayaan Akhirul Zaman tidak hanya tertumpu kepada upacara perbarisan sahaja, malah khemah kepunyaan Akhirul Zaman yang bertemakan ala-ala Jepun telah meraih perhatian daripada panel hakim yang terdiri daripada Yang Berusaha Puan Hajah Norzila bt Haji Idris selaku Pengetua Kanan SEMESRA dan guru-guru Penolong Kanan. Akhirul Zaman berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan khemah tercantik.



 Khemah Tercantik Sukan Tahunan 2011

Rumah Akhirul Zaman ternyata mempunyai ramai atlet yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah di mata rumah-rumah yang lain. Berikut adalah senarai ahli yang telah berjaya meraih tempat dalam acara balapan dan padang:

Lelaki
4x100m (Naib Johan) – Muhd Asyraff b Muhd Jalil, Muhd Nur Arif b Norazan, Kamarul Adzhar 
Lompat Jauh (Naib Johan) - Muhd Asyraff b. Muhd Jalil 
Lompat Jauh (Johan)          - Azri b. Omar 
Lempar Cakera (Johan)       - Muhd Zharfan Nafiq 
Rejam Lembing (Johan)      - Muhd Zharfan Nafiq 
Lontar peluru (Johan)         - Muhd Zharfan Nafiq
4x400m (Ketiga)         - Muhd Asyraff b. Muhd Jalil, Muhd Nur Arif b. Norazan, Muhd Faridanial b Suhaimy  
 Lompat Tinggi (Naib Johan) - Azri b. Omar
 

Perempuan
Lompat Tinggi (Johan) - Nurul Afiqah bt. Mat Kambali            
4x100m(Ketiga) - Ayla Farihah bt. Rosidi, Mira Azmiza bt. Azmi, Alia Nadhirah bt. Mohd Alias
Lempar cakera (Naib Johan) - Laila Khairiah                            
Lontar Peluru (Ketiga) - Ahya Alhusna
Rejam Lembing (Ketiga) - Khairunnisa Kasmuni









suka? boleh LIKE

Wednesday, June 1, 2011

Kursus Kepimpinan Ketua Rumah & Penolong Ketua Rumah 2011

Tanggal 25/5/2011 Sekolah Menengah Sains Rembau telah mengadakan satu Kursus Kepemimpinan Ketua Rumah & Penolong Ketua Rumah (KESUMA). Program ini bertujuan untuk melatih bakat kepimpinan yang ada di dalam diri seseorang pelajar dan juga ingin memberi pendedahan kepada pelajar tentang sistem ISIS. 

Seramai 64 orang pelajar Tingkatan Empat telah mengikuti program ini termasuklah 16 warga Akhirul Zaman. 8 daripadanya adalah daripada kaum Adam dan 8 lagi daripada kaum Hawa. Program ini telah dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada pucuk pimpinan sistem rumah iaitu ketua rumah dan penolong ketua rumah.



para peserta dari rumah Akhirul Zaman

aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus

Diharapkan melalui program ini para peserta dapat menyemat keyakinan di dalam diri sebagai seorang pemimpin.  Disamping itu juga diharap para peserta dapat meneruskan legasi yang telah dicipta.

suka? boleh LIKE

Wednesday, April 20, 2011

Pertandingan Bola Keranjang Antara Rumah

Suatu pertandingan bola keranjang antara rumah telah diadakan oleh Pasukan Bola Keranjang Semesra atau lebih dikenali dengan nama Raiders pada 5-16 April . Pertandingan ini telah dijalankan ketika waktu riadah para pelajar iaitu daripada jam 5 petang hingga 6 petang.

Objektif utama pertandingan ini diadakan bagi mencari bakat-bakat terpendam dikalangan pelajar SEMESRA terutama sekali bakat-bakat daripada Akhirul Zaman kerana ketua bagi pasukan ini adalah warga Akhirul Zaman.

Akhirul Zaman telah menghantar dua pasukan mewakili lelaki dan perempuan. Ini bermakna 4 buah pasukan telah dihantar bagi mengharumkan lagi nama Akhirul Zaman di bumi SEMESRA ini.

Jadual perlawanan pasukan perempuan

Aksi hebat pasukan perempuan
Jadual perlawanan pasukan lelaki
Aksi mantap pasukan lelaki
Berdasarkan jadual perlawanan 3 daripada 4 pasukan Akhirul Zaman berjaya mara ke peringkat separuh akhir dan menyaksikan pertembungan serumah di dalam jadual perlawanan lelaki. Walaubagaimanapun semangat tetap utuh bagi merebut piala kemenangan. 

Berikut adalah senarai pemenang:

Kategori perempuan:
 Johan: LM1
 N. Johan: AZ 2

Kategori lelaki: 
Johan: AZ 2
N. Johan: AZ 1
Tahniah diucapkan kepada para pemenang kerana anda berjaya mengharumkan nama Akhirul Zaman. Untuk yang tidak berjaya tidak mengapa mungkin nasib tidak menyebelahi anda. 

suka? boleh LIKE

Friday, March 11, 2011

Kejutan Buat Mantan Ketua Rumah kami.

Tanggal 5 Mac 2011 Akhirul Zaman telah memberikan satu kejutan kepada bekas Ketua Rumah kami iaitu Afiq bin Azmi yang telah menjawat jawatan sebagai Ketua Pelajar Sek. Men. Sains Rembau. Kejutan ini telah diadakan dengan kerjasama seluruh ahli keluarga Akhirul Zaman.

Objektif utama majlis apresiasi ini diadakan adalah bagi menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh saudara Afiq sepanjang sesi 2010. Sepanjang tempoh tersebut pelbagai anugerah serta kemenangan telah berjaya kita gapai. Sesunguhnya biarpun tidak lagi menjadi Ketua Rumah namun namanya akan sentiasa menjadi memento dalam diari kehidupan kami. 
Afiq, jasamu dikenang.

Tentatif program:  1)  Ketibaan VIP dan juga insan yang dirai
                          2)  Biografi Afiq bin Azmi dibaca
                          3)  Persembahan multimedia
                          4)  Pemotongan kek 
                          5)  Ucapan daripada Ketua Rumah, Guru rumah dan Afiq bin Azmi
                          6)  Persembahan Nasyid sambil warga AZ menikmati kek yang dijamu

Sesi pemotongan kek

Ketua Rumah dan Mantan Ketua Rumah

Detik-detik mesra antara dua pemimpin

Persembahan khas pelajar   

suka? boleh LIKE

Tuesday, March 1, 2011

MTAQ Peringkat Sekolah

Pada hari Khamis yang lalu bersamaan 24 Februari telah diadakan Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ) peringkat sekolah. Pertandingan ini diadakan untuk memilih peserta sekolah yang akan mewakili SEMESRA ke peringkat daerah yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Terdapat 11 acara yang telah dipertandingkan mengikut rumah. Antaranya ialah nasyid, khat jawi, Tilawah Al-Quran, hafazan dan syarahan. Akhirul Zaman telah menghantar wakil bagi setiap acara untuk memberi saingan kepada peserta-peserta lain di dalam pertandingan yang diadakan.

Pasukan nasyid Akhirul Zaman

Wakil syarahan Akhirul Zaman


Razin Rasyid & Imran wakil keluarga kita

Peserta berzanji marhaban Akhirul Zaman


suka? boleh LIKE