Tanggal 25/5/2011 Sekolah Menengah Sains Rembau telah mengadakan satu Kursus Kepemimpinan Ketua Rumah & Penolong Ketua Rumah (KESUMA). Program ini bertujuan untuk melatih bakat kepimpinan yang ada di dalam diri seseorang pelajar dan juga ingin memberi pendedahan kepada pelajar tentang sistem ISIS.
Seramai 64 orang pelajar Tingkatan Empat telah mengikuti program ini termasuklah 16 warga Akhirul Zaman. 8 daripadanya adalah daripada kaum Adam dan 8 lagi daripada kaum Hawa. Program ini telah dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada pucuk pimpinan sistem rumah iaitu ketua rumah dan penolong ketua rumah.
para peserta dari rumah Akhirul Zaman
aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus
Diharapkan melalui program ini para peserta dapat menyemat keyakinan di dalam diri sebagai seorang pemimpin. Disamping itu juga diharap para peserta dapat meneruskan legasi yang telah dicipta.
No comments:
Post a Comment