Sunday, June 26, 2011

Minggu Koperasi SEMESRA 2011

SEMESRA telah melancarkan Minggu Koperasi tahun 2011 pada Ahad yang lepas. Variasi aktiviti yang menarik telah diadakan termasuklah acara tarik tali, pertandingan nyanyian lagu patriotik, bazaar jualan dan lain-lain lagi. Pelbagai pertandingan yang dianjurkan telah disertai oleh ahli-ahli Akhirul Zaman bertujuan untuk menaikkan lagi nama Akhirul Zaman dalam kalangan rumah-rumah sukan yang lain. Berikut adalah antara acara yang dimenangi oleh rumah Akhirul Zaman;

-Sketsa Korporat (Johan)
- Nyanyian Patriotik L (Naib Johan)
- Nyanyian Patriotik P(Naib Johan)
- Acara Tarik Tali P (Johan)
-Kutipan Gerai Terbanyak (Johan)
-Pengucapan awam (Johan)

 Gerai Akhirul Zaman sememangnya nampak gah

         Aksi cilik ahli-ahli Akhirul Zaman

       Antara santapan yang disediakan untuk jualan gerai

'The Haunted Mansion', pemenang kutipan jualan terbanyak
antara yang hantu-hantu yang ada di Haunted Mansion
Are you brave enough?
Dorm Terbaik (Tempat kedua)
Johan Pertandingan Pengucapan Awam
Tempat kedua Pertandingan Busana
Tahniah pasukan tarik tali perempuan!

 Tahniah Johan Sketsa Korporat!

Walaupun rumah Akhirul Zaman tidak dinobatkan sebagai rumah terbaik keseluruhan dalam Minggu Koperasi kali ini, ini tidak melemahkan semangat ahli-ahli rumah Akhirul Zaman. Diharapkan semua ahli rumah akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik pada tahun hadapan.






suka? boleh LIKE

No comments:

Post a Comment