Thursday, November 15, 2012

Good Luck AZ Prodigy!

Pada 5 November yang lalu, bermulalah perjuangan bagi para pelajar Tingkatan 5 SEMESRA dalam menghadapi peperiksaan SPM mereka. Pada tahun ini, seramai 42 ahli rumah Akhirul Zaman turut sama terlibat dalam peperiksaan ini.

Sebagai tanda sokongan kepada ahli-ahli AZ ini, mereka telah diberikan sedikit bekalan alat tulis serta kad ucapan. Semoga ia akan dapat dijadikan perangsang kepada semua yang terlibat untuk memberikan yang terbaik dalam peperiksaan ini. Seluruh warga AZ mendoakan agar kesemua ahli-ahli rumah ini akan mendapat keputusan yang cemerlang apabila keputusan diumumkan kelak.


Sekali lagi, seluruh warga AZ ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya kepada calon-calon SPM rumah Akhirul Zaman. All the best dan semoga 9A+ akan berjaya berada dalam genggaman anda!


suka? boleh LIKE

Wednesday, November 7, 2012

Annual Dinner '12 AZ & LM

Pada 30 Oktober yang lalu, telah diadakan satu majlis makan malam rumah. Untuk julung-julung kalinya, jamuan rumah pada tahun ini telah diadakan bersama rumah Lela Maharaja.

Segala perancangan telah dibuat seawal mungkin memandangkan tarikh jamuan kali ini adalah hampir dengan tarikh peperiksaan akhir tahun. Namun berkat kerjasama kedua-dua rumah, jamuan ini berjaya diadakan dengan jayanya.

Persiapan dewan untuk majlis makan tersebut telah dimulakan pada waktu petang dengan kerjasama ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri dari pelbagai tingkatan. pada tahun ini, warna oren dan merah jambu serta latar belakang musim luruh telah dipilih sebagai tema makan malam ini.



Majlis makan malam bermula pada pukul 8 malam dan para tetamu telah diiringi oleh ahli-ahli jawatankuasa sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dewan.


Selepas ucapan daripada En. Mohd Azman bin Awang, PK Hal Ehwal Murid SEMESRA tibalah masanya untuk kedua-dua Ketua Rumah AZ dan LM untuk memberi ucapan. Dalam ucapan mereka, mereka mengucapkan terima kasih kepada semua ahli atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang tahun dan berharap agar kecemerlangan akan dapat diteruskan pada tahun hadapan.

Seterusnya, para hadirin telah dihiburkan dengan beberapa persembahan yang telah disediakan oleh ahli-ahli rumah.



Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa majlis berlangsung



Terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa pengelola majlis. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua tetamu yang hadir. Semoga majlis ini telah dapat memberi ruang kepada semua yang hadir dalam memperkukuhkan ikatan ukhuwah sesama ahli. Semoga ikatan ini akan terus kuat dah kukuh demi kejayaan rumah di masa hadapan.

suka? boleh LIKE

Thursday, October 11, 2012

Good Luck AZ Zealous!

Pada tahun ini seramai 44 ahli AZ dari batch Zealous akan mengambil peperiksaan PMR yang bermula pada 9 sehingga 15 Oktober 2012.

Seluruh warga AZ mendoakan agar AZ Zealous akan berjaya menjawab semua soalan dengan tenang. Kami semua juga mendoakan agar kesemua 44 ahli AZ ini akan berjaya mendapat keputusan 8As, insyaAllah.

 
Good luck AZ Zealous! Do your very best!
suka? boleh LIKE

Tuesday, October 2, 2012

Hari Kecemerlangan Kokurikulum dan HEM 2012

Pada tahun ini, AZ  tidak berjaya mempertahankan kejuaraan apabila terpaksa akur untuk berada di tempat ketiga keseluruhan. Walaubagaimanapun, AZ tidak pulang dengan tangan kosong kerana telah berjaya memenangi Anugerah Rumah Terbaik  Kategori Kokurikulum. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang telah sama-sama menyumbangkan mata dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.


Selain anugerah tersebut, AZ juga telah mengungguli Kategori Kamar Terbaik bagi kedua-dua kategori iaitu Kategori Aspura dan Aspuri. Tahniah diucapkan kepada AZ 4 Aspura kerana berjaya dinobatkan sebagai Kamar Terbaik Aspura.


 Tahniah juga diucapkan kepada AZ 6 Aspuri kerana telah memenangi Kategori Kamar Terbaik Aspuri.


Diharapkan agar keputusan pada tahun ini akan dijadikan titik tolak oleh semua ahli untuk berusaha dengan lebih gigih bagi merampas kembali gelaran juara keseluruhan pada tahun hadapan. Kejayaan tidak akan datang bergolek, ia memerlukan kerjasama dan pengorbanan dari semua ahli. Semoga AZ akan terus gemilang pada tahun hadapan.

AD ALTA!

suka? boleh LIKE

Tuesday, August 14, 2012

Bubur Lambuk Sempena Ihya Ramadhan 2012

Pada tahun ini, acara memasak bubur lambuk diteruskan lagi sempena kedatangan bulan yang dinanti-nantikan iaitu bulan Ramadhan al-Kareem. Ia telah diadakan pada 4 Ogos 2012 iaitu pada hari Sabtu bermula pada pukul 11 pagi.

Jika pada tahun lepas acara ini dibuat mengikut batch, pada tahun ini ia telah diadakan memgikut rumah. Setiap rumah diberikan kebebasan untuk memilih resepi bubur lambuk yang sesuai dan bubur lambuk yang terbaik akan mendapat hadiah daripada pihak penganjur.


Terima kasih kepada semua guru dan ahli-ahli AZ atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan acara ini. Walaupun tidak berjaya untuk memenangi bubur lambuk terbaik, diharapkan agar ini tidak akan mematahkan semangat semua ahli untuk mencuba dengan lebih baik lagi pada tahun hadapan.


suka? boleh LIKE

Thursday, July 5, 2012

Kejohanan Olahraga Tahunan 2012

Kejohanan Olahraga SEMESRA Kali Ketiga telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Jun yang lalu. Pelbagai acara telah dipertandingkan antaranya acara lompat kijang, lompat tinggi, 100m dan sebagainya.

Tema sukan kali ini adalah 1Malaysia dan keempat-empat rumah telah dikehendaki menyediakan khemah serta pasukan perbarisan mengikut tema yang telah diberi.


Pada tahun ini, AZ telah berjaya menjadi Johan Perbarisan dengan menampilkan kombinasi pakaian 3 kaum terbesar di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India.

Dalam kejohanan kali ini, peserta-peserta AZ telah berjaya memberi saingan kepada peserta-peserta yang lain.


Peserta AZ menyinar dalam acara padang manakala untuk acara larian, terdapat peningkatan yang baik terutamanya bagi Kategori Bawah 15 Perempuan.



Bagi acara guru dan staf pula, pasukan AZ telah berjaya mengungguli dalam semua acara yang dipertandingkan iaitu acara larian 5 X 20m, acara baling peluru lelaki dan perempuan. 


Acara terakhir yang dipertandingkan adalah acara tarik tali. AZ telah berjaya melangkah ke peringkat akhir namun gagal mengatasi kekuatan pasukan LM. Namun begitu, tahniah kepada pasukan tarik tali AZ yang telah sedaya-upaya memberikan persaingan sengit kepada pihak lawan.



Selepas kiraan mata, AZ telah berjaya menduduki tempat ketiga dalam kejohanan kali ini. Syabas diucapkan!


Tahniah dan syabas kepada semua ahli AZ yang telah sama-sama memperbaiki kedudukan rumah dalam kejohanan ini. Diharapkan agar semua ahli akan terus berusaha bagi memastikan AZ akan terus gemilang.


suka? boleh LIKE

Monday, June 25, 2012

Minggu Koperasi 2012

Tahun ini pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang Minggu Koperasi 2012 yang bermula pada 11 Jun dan berakhir pada 23 Jun yang lalu.

AZ telah berjaya menjadi Johan dalam beberapa acara yang telah dipertandingkan:

1. Pertandingan Melukis Mural
2. Pertandingan Landskap
3. Sukaneka Ayu Skipping dan Batu Seremban
4. Pertandingan Hafazan
5. Pertandingan Kaligrafi Khat
6. Pertandingan Merekacipta Barang Kreatif
7. Pertandingan Menulis Esei
8. Pertandingan Dikir Budaya
9. Pertandingan Nasyid




AZ juga telah berjaya menjadi Naib Johan dalam acara-acara ini:

1. Pertandingan Melukis Banner
2. Sukaneka Jalan Guna Tempurung, Baling Tin dan Galah Panjang
3. Pertandingan Membuat Wau/Layang-layang
4. Pertandingan Jualan Kitar Semula



Pada Minggu Koperasi kali ini, AZ telah berjaya menduduki tempat kedua di belakang Johan Pahlawan dengan hanya perbezaan sebanyak 5 mata. Walaubagaimanapun, keputusan ini adalah satu peningkatan yang sangat baik berbanding dengan tahun lepas.




Terima kasih diucapkan kepada semua ahli rumah yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam memastikan Minggu Koperasi adalah berjalan lancar. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah mengambil bahagian. Semoga AZ akan terus melakar kemenangan dalam pertandingan-pertandingan akan datang.

suka? boleh LIKE