Pada 30 Oktober yang lalu, telah diadakan satu majlis makan malam rumah. Untuk julung-julung kalinya, jamuan rumah pada tahun ini telah diadakan bersama rumah Lela Maharaja.
Segala perancangan telah dibuat seawal mungkin memandangkan tarikh jamuan kali ini adalah hampir dengan tarikh peperiksaan akhir tahun. Namun berkat kerjasama kedua-dua rumah, jamuan ini berjaya diadakan dengan jayanya.
Persiapan dewan untuk majlis makan tersebut telah dimulakan pada waktu petang dengan kerjasama ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri dari pelbagai tingkatan. pada tahun ini, warna oren dan merah jambu serta latar belakang musim luruh telah dipilih sebagai tema makan malam ini.
Majlis makan malam bermula pada pukul 8 malam dan para tetamu telah diiringi oleh ahli-ahli jawatankuasa sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dewan.
Selepas ucapan daripada En. Mohd Azman bin Awang, PK Hal Ehwal Murid SEMESRA tibalah masanya untuk kedua-dua Ketua Rumah AZ dan LM untuk memberi ucapan. Dalam ucapan mereka, mereka mengucapkan terima kasih kepada semua ahli atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang tahun dan berharap agar kecemerlangan akan dapat diteruskan pada tahun hadapan.
Seterusnya, para hadirin telah dihiburkan dengan beberapa persembahan yang telah disediakan oleh ahli-ahli rumah.
Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa majlis berlangsung
Terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa pengelola majlis. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua tetamu yang hadir. Semoga majlis ini telah dapat memberi ruang kepada semua yang hadir dalam memperkukuhkan ikatan ukhuwah sesama ahli. Semoga ikatan ini akan terus kuat dah kukuh demi kejayaan rumah di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment