Saturday, January 28, 2012

Mesyuarat Rumah Pertama 2012

Satu perjumpaan rumah telah diadakan pada Khamis yang lepas bersamaan 19 Januari bertempat di Dewan Makan SEMESRA. Perjumpaan ini merupakan perjumpaan rasmi pertama bagi tahun 2012.

Pada pertemuan ini, barisan guru rumah telah diperkenalkan kepada semua ahli rumah. Bagi tahun ini, terdapat sedikit perubahan terhadap barisan guru rumah Akhirul Zaman. Guru-guru yang baru menyertai rumah Akhirul Zaman ialah Pn. Nor Aida Dahalan, Cik Hasmiza Mat Soh dan Ustazah Adilah. 

 
 guru-guru rumah Akhirul Zaman

Didalam ucapan, Ketua Guru Rumah Cik Jaslina Mohd Saad berharap agar semua ahli dapat bersama-sama dalam memastikan piala Rumah Terbaik Keseluruhan adakan dapat dijulang sekali lagi pada tahun ini. Beliau menegaskan bahawa untuk berjaya menjadi johan, semua ahli perlu sepakat dalam melaksanakan tugasan dan nasihat-menasihati sesama sendiri demi kebaikan bersama.

Kemudiannya, barisan Majlis Tertinggi bagi rumah Akhirul Zaman pula diperkenalkan kepada semua ahli. 

 

Seterusnya telah diadakan pemilihan bagi AJK Akademik bagi Tingkatan 1, 2 dan 4.

para pelajar mengundi calon kesukaan mereka










Ketua Rumah Akhirul Zaman, Sdr. Akmal mengambil peluang untuk mengingatkan para ahli agar memastikan kamar-kamar dapat diceriakan bagi memastikan markah  3K rumah adalah tinggi. Beliau juga mengingatkan bahawa Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah adalah semakin hampir. Ahli-ahli diminta untuk turun beriadah agar stamina dapat dibina bagi memastikan prestasi rumah adalah baik pada hari pertandingan.


Diharapkan agar 2012 akan sekali lagi menjadi tahun gemilang bagi rumah Akhirul Zaman. Untuk menzahirkan impian ini, diharapkan agar semua ahli rumah dapat memberikan kerjasama yang terbaik didalam apa-apa aktiviti mahupun pertandingan yang akan diadakan sepanjang tahun.

Semoga dengan kedatangan ahli-ahli yang baru akan dapat memantapkan lagi keutuhan dan kekuatan rumah Akhirul Zaman, insyaAllah. 

AD ALTA!


Mesyuarat berakhir pada pukul 2 petang.

suka? boleh LIKE

Sunday, January 15, 2012

Selamat Datang Warga AZ yang baru

Pada Rabu yang lepas sejumlah pelajar baru Tingkatan Satu telah mendaftar masuk ke SEMESRA.


Seramai 34 yang bertuah orang telah menjadi ahli Akhirul Zaman. Pada acara penutup Minggu Silatulrahim, kedua-dua kumpulan AZ yang telah diberikan tugasan untuk membuat persembahan berbentuk musikal dan sketsa. Kedua-dua kumpulan ini telah melakukan yang terbaik semasa persembahan mereka.


Bakat kepemimpinan ahli rumah AZ terserlah setelah seorang pelajar Tingkatan Satu dari rumah AZ telah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Perempuan semasa Majlis Penutup Minggu Silaturahim. Tahniah dan syabas diucapkan.

Kepada adik-adik Tingkatan Satu, selamat datang kami ucapkan.  Semoga kehadiran anda dapat menaikkan lagi nama Akhirul Zaman dalam kalangan rumah-rumah yang lain :)

suka? boleh LIKE

Thursday, January 5, 2012

Tahniah AZ Extroverts!

Tahniah diucapkan kepada 23 ahli rumah Akhirul Zaman yang telah berjaya mencapai straight 8A di dalam keputusan peperiksaan PMR yang telah diumumkan baru-baru ini. Kejayaan ini amatlah membanggakan dan semoga ia akan menjadi perangsang kepada ahli-ahli yang lain untuk mencapai kejayaan yang gemilang di dalam peperiksaan yang mereka hadapi.

Senarai nama mereka yang berjaya:
1. Amrul Basyar Fazil             
2. Izzudin Ibrahim
3. Helmi Hariri
4. M. Nur Arif
5. Iqbal Haziqy
6. M. Syafiq Rahmat
7. M. Syafiq Abdul Jalil
8. Kamarul Adzha
9. Azri Omar
10. Abd Rashid
11. Khairunnisa
12. Nurwafa
13. Laila Khairiah
14. Hanissyahirah
15. Nurfikriah Husna
16. Anisa Bahari
17. Siti Hajjar
18. Nor Zuhairah
19. Nur Shafrina
20. Ahya Alhusna
21. Azzahraa
22. Nurul Syahirah
23. Puteri Nurul Atiqah

kebanggaan AZ
 antara yang sempat dirakamkan semasa hari pengumuman keputusan peperiksaan

Bagi yang kurang bernasib baik, diharapkan agar tidak berputus asa. Teruskan usaha dan semoga kejayaan akan dapat dicapai di dalam peperiksaan yang lebih mencabar iaitu peperiksaan SPM.

suka? boleh LIKE