Saturday, January 28, 2012

Mesyuarat Rumah Pertama 2012

Satu perjumpaan rumah telah diadakan pada Khamis yang lepas bersamaan 19 Januari bertempat di Dewan Makan SEMESRA. Perjumpaan ini merupakan perjumpaan rasmi pertama bagi tahun 2012.

Pada pertemuan ini, barisan guru rumah telah diperkenalkan kepada semua ahli rumah. Bagi tahun ini, terdapat sedikit perubahan terhadap barisan guru rumah Akhirul Zaman. Guru-guru yang baru menyertai rumah Akhirul Zaman ialah Pn. Nor Aida Dahalan, Cik Hasmiza Mat Soh dan Ustazah Adilah. 

 
 guru-guru rumah Akhirul Zaman

Didalam ucapan, Ketua Guru Rumah Cik Jaslina Mohd Saad berharap agar semua ahli dapat bersama-sama dalam memastikan piala Rumah Terbaik Keseluruhan adakan dapat dijulang sekali lagi pada tahun ini. Beliau menegaskan bahawa untuk berjaya menjadi johan, semua ahli perlu sepakat dalam melaksanakan tugasan dan nasihat-menasihati sesama sendiri demi kebaikan bersama.

Kemudiannya, barisan Majlis Tertinggi bagi rumah Akhirul Zaman pula diperkenalkan kepada semua ahli. 

 

Seterusnya telah diadakan pemilihan bagi AJK Akademik bagi Tingkatan 1, 2 dan 4.

para pelajar mengundi calon kesukaan mereka










Ketua Rumah Akhirul Zaman, Sdr. Akmal mengambil peluang untuk mengingatkan para ahli agar memastikan kamar-kamar dapat diceriakan bagi memastikan markah  3K rumah adalah tinggi. Beliau juga mengingatkan bahawa Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah adalah semakin hampir. Ahli-ahli diminta untuk turun beriadah agar stamina dapat dibina bagi memastikan prestasi rumah adalah baik pada hari pertandingan.


Diharapkan agar 2012 akan sekali lagi menjadi tahun gemilang bagi rumah Akhirul Zaman. Untuk menzahirkan impian ini, diharapkan agar semua ahli rumah dapat memberikan kerjasama yang terbaik didalam apa-apa aktiviti mahupun pertandingan yang akan diadakan sepanjang tahun.

Semoga dengan kedatangan ahli-ahli yang baru akan dapat memantapkan lagi keutuhan dan kekuatan rumah Akhirul Zaman, insyaAllah. 

AD ALTA!


Mesyuarat berakhir pada pukul 2 petang.

suka? boleh LIKE

No comments:

Post a Comment