Pada 18 Februari yang lalu telah diadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Acara larian bermula seawal 9 pagi dan para peserta telah dilepaskan oleh Pengetua Kanan SEMESRA Pn. Hjh Norzila binti Idris.
Pada tahun ini, trek larian telah diubah dan ia adalah sedikit mencabar berbanding tahun lepas. Para pelajar perlu melalui ladang kelapa sawit dan kawasan kampung sebelum sampai ke garisan penamat.
 |
| Warm up sebelum larian |
 |
| antara aksi-aksi ahli rumah AZ semasa larian |
Untuk kejohanan ini, rumah Akhirul Zaman hanya mampu menduduki tempat keempat keseluruhan. Walaubagaimanapun, secara keseluruhan prestasi ahli semakin baik. Ini dapat dilihat apabila bilangan ahli yang menduduki tempat 15 terbaik setiap kategori semakin bertambah.
 |
| Antara ahli rumah yang menduduki 15 tempat terbaik kategori |
|
Syabas diucapkan kepada semua ahli rumah atas usaha yang telah ditunjukkan. Semoga prestasi anda akan bertambah baik di masa akan datang. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada ahli-ahli yang berjaya menempatkan diri dikalangan 15 terbaik setiap kategori. Teruskan usaha dan diharap agar dapat mecapai kejayaan yang lebih baik di tahun hadapan.
suka? boleh LIKE