Thursday, February 23, 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Satu sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 19 Februari yang lalu bagi memperingati hari kelahiran kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w

Sempena sambutan ini, BADAR dengan kerjasama Panitia Agama Islam telah mengadakan pertandingan selawat juga sepanduk antara rumah.


Walaupun agak kurang bernasib baik di dalam kedua-dua pertandingan, syabas diucapkan kepada semua ahli yang telah memberikan komitmen yang baik dalam menghadapi pertandingan-pertandingan ini. Diharapkan agar ahli-ahli rumah Akhirul Zaman tidak akan berputus asa demi mencapai kejayaan rumah.

suka? boleh LIKE

No comments:

Post a Comment