Friday, January 28, 2011

Kejohanan Merentas Desa Kali Pertama

Pada 27 Januari 2011 SMS Rembau telah berjaya menganjurkan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. Para pelajar telah dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Lelaki 18, Perempuan 18, Lelaki 15 dan juga Perempuan 15.
kewibawaan K.R membahagikan no. kpd semua ahli rumah

para peserta AZ sedang membincangkan strategi dan taktik mereka

seusai pertandingan
(Wan Aisyah a.k.a PKR AZ) kebanggaan kami!

Walaupun tidak berjaya secara keseluruhan tetapi AZ tidak pulang dengan tangan kosong apabila menjuarai kategori Lelaki 18. Selain itu juga kedukaan warga AZ terubat apabila PKR Wan Aisyah telah berjaya merangkul tempat pertama dalam kategori perempuan AZ.

suka? boleh LIKE

Saturday, January 22, 2011

Mesyuarat Rumah Kali Pertama


Pada 21 Januari 2011 Rumah Akhirul Zaman telah mengadakan Mesyuarat Rumah untuk kali Pertama. Mesyuarat kali ini bertujuan untuk memberitahu kepada para pelajar tentang Kejohanan Merentas Desa yang bakal mendatang.

Selain daripada itu, pengumuman mengenai ketua rumah baru untuk menggantikan Afiq bin Azmi yang telah dinaikkan pangkat sebagai ketua pelajar juga telah dibuat. Mesyuarat kali ini turut mengutarakan isu 3K yang bakal dipertandingkan.

Aturcara Majlis:
1) Ucapan daripada pengerusi majlis
2) Ucapan daripada Guru Penasihat Akhirul Zaman Pn.Fauziah binti Zamzam
3) Tayangan tentang aktiviti Akhirul Zaman sepanjang tahun 2010
4) Ucapan daripada Guru Ketua Rumah Cik Jaslinawati binti Mohd Saad
5) Pengumuman Ketua Rumah Akhirul Zaman Sesi 2011 Muhammad Danial bin Zakaria

    semua ahli Akhirul Zaman (AZ) telah berkumpul ditempat yang ditetapkan iaitu di surau Semesra

    barisan guru yang mendokong Akhirul Zaman
    ucapan daripada Pn. Fauziah
    bersemangat Cik Jaslinawati memberikan ucapan
    Ketua Rumah baru AZ

suka? boleh LIKE