Pada 21 Januari 2011 Rumah Akhirul Zaman telah mengadakan Mesyuarat Rumah untuk kali Pertama. Mesyuarat kali ini bertujuan untuk memberitahu kepada para pelajar tentang Kejohanan Merentas Desa yang bakal mendatang.
Selain daripada itu, pengumuman mengenai ketua rumah baru untuk menggantikan Afiq bin Azmi yang telah dinaikkan pangkat sebagai ketua pelajar juga telah dibuat. Mesyuarat kali ini turut mengutarakan isu 3K yang bakal dipertandingkan.
Aturcara Majlis:
1) Ucapan daripada pengerusi majlis
2) Ucapan daripada Guru Penasihat Akhirul Zaman Pn.Fauziah binti Zamzam
3) Tayangan tentang aktiviti Akhirul Zaman sepanjang tahun 2010
4) Ucapan daripada Guru Ketua Rumah Cik Jaslinawati binti Mohd Saad
5) Pengumuman Ketua Rumah Akhirul Zaman Sesi 2011 Muhammad Danial bin Zakaria


semua ahli Akhirul Zaman (AZ) telah berkumpul ditempat yang ditetapkan iaitu di surau Semesra


barisan guru yang mendokong Akhirul Zaman
ucapan daripada Pn. Fauziah
bersemangat Cik Jaslinawati memberikan ucapan
Ketua Rumah baru AZ



No comments:
Post a Comment