Sunday, June 26, 2011

Minggu Koperasi SEMESRA 2011

SEMESRA telah melancarkan Minggu Koperasi tahun 2011 pada Ahad yang lepas. Variasi aktiviti yang menarik telah diadakan termasuklah acara tarik tali, pertandingan nyanyian lagu patriotik, bazaar jualan dan lain-lain lagi. Pelbagai pertandingan yang dianjurkan telah disertai oleh ahli-ahli Akhirul Zaman bertujuan untuk menaikkan lagi nama Akhirul Zaman dalam kalangan rumah-rumah sukan yang lain. Berikut adalah antara acara yang dimenangi oleh rumah Akhirul Zaman;

-Sketsa Korporat (Johan)
- Nyanyian Patriotik L (Naib Johan)
- Nyanyian Patriotik P(Naib Johan)
- Acara Tarik Tali P (Johan)
-Kutipan Gerai Terbanyak (Johan)
-Pengucapan awam (Johan)

 Gerai Akhirul Zaman sememangnya nampak gah

         Aksi cilik ahli-ahli Akhirul Zaman

       Antara santapan yang disediakan untuk jualan gerai

'The Haunted Mansion', pemenang kutipan jualan terbanyak
antara yang hantu-hantu yang ada di Haunted Mansion
Are you brave enough?
Dorm Terbaik (Tempat kedua)
Johan Pertandingan Pengucapan Awam
Tempat kedua Pertandingan Busana
Tahniah pasukan tarik tali perempuan!

 Tahniah Johan Sketsa Korporat!

suka? boleh LIKE

Sunday, June 19, 2011

Kejohanan Olahraga SEMESRA Kali Kedua

Tanggal 18 Jun 2011, SEMESRA telah mengadakan Kejohanan Olahraga Kedua yang berlangsung di padang SEMESRA. Pada jam 8.30 pagi, kejohanan bermula dengan dirasmikan oleh mantan Pengetua Cemerlang SEMESRA iaitu Dato' Haji Azam b. Md Atan.

Kejohanan bermula dengan upacara perbarisan para pengawas disertai oleh pasukan unit beruniform dan seterusnya disusuli dengan perbarisan rumah-rumah sukan termasuklah Akhirul Zaman, Kelana Petra, Lela Maharaja dan Johan Pahlawan. Malangnya rumah Akhirul Zaman tidak berjaya merangkul tempat pertama dalam acara perbarisan, sekadar beroleh tempat kedua.

Tempat kedua perbarisan
Semangat membara ahli Akhirul Zaman

Kejayaan Akhirul Zaman tidak hanya tertumpu kepada upacara perbarisan sahaja, malah khemah kepunyaan Akhirul Zaman yang bertemakan ala-ala Jepun telah meraih perhatian daripada panel hakim yang terdiri daripada Yang Berusaha Puan Hajah Norzila bt Haji Idris selaku Pengetua Kanan SEMESRA dan guru-guru Penolong Kanan. Akhirul Zaman berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan khemah tercantik.



 Khemah Tercantik Sukan Tahunan 2011

Rumah Akhirul Zaman ternyata mempunyai ramai atlet yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah di mata rumah-rumah yang lain. Berikut adalah senarai ahli yang telah berjaya meraih tempat dalam acara balapan dan padang:

Lelaki
4x100m (Naib Johan) – Muhd Asyraff b Muhd Jalil, Muhd Nur Arif b Norazan, Kamarul Adzhar 
Lompat Jauh (Naib Johan) - Muhd Asyraff b. Muhd Jalil 
Lompat Jauh (Johan)          - Azri b. Omar 
Lempar Cakera (Johan)       - Muhd Zharfan Nafiq 
Rejam Lembing (Johan)      - Muhd Zharfan Nafiq 
Lontar peluru (Johan)         - Muhd Zharfan Nafiq
4x400m (Ketiga)         - Muhd Asyraff b. Muhd Jalil, Muhd Nur Arif b. Norazan, Muhd Faridanial b Suhaimy  
 Lompat Tinggi (Naib Johan) - Azri b. Omar
 

Perempuan
Lompat Tinggi (Johan) - Nurul Afiqah bt. Mat Kambali            
4x100m(Ketiga) - Ayla Farihah bt. Rosidi, Mira Azmiza bt. Azmi, Alia Nadhirah bt. Mohd Alias
Lempar cakera (Naib Johan) - Laila Khairiah                            
Lontar Peluru (Ketiga) - Ahya Alhusna
Rejam Lembing (Ketiga) - Khairunnisa Kasmuni









suka? boleh LIKE

Wednesday, June 1, 2011

Kursus Kepimpinan Ketua Rumah & Penolong Ketua Rumah 2011

Tanggal 25/5/2011 Sekolah Menengah Sains Rembau telah mengadakan satu Kursus Kepemimpinan Ketua Rumah & Penolong Ketua Rumah (KESUMA). Program ini bertujuan untuk melatih bakat kepimpinan yang ada di dalam diri seseorang pelajar dan juga ingin memberi pendedahan kepada pelajar tentang sistem ISIS. 

Seramai 64 orang pelajar Tingkatan Empat telah mengikuti program ini termasuklah 16 warga Akhirul Zaman. 8 daripadanya adalah daripada kaum Adam dan 8 lagi daripada kaum Hawa. Program ini telah dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada pucuk pimpinan sistem rumah iaitu ketua rumah dan penolong ketua rumah.



para peserta dari rumah Akhirul Zaman

aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus

Diharapkan melalui program ini para peserta dapat menyemat keyakinan di dalam diri sebagai seorang pemimpin.  Disamping itu juga diharap para peserta dapat meneruskan legasi yang telah dicipta.

suka? boleh LIKE