Thursday, July 5, 2012

Kejohanan Olahraga Tahunan 2012

Kejohanan Olahraga SEMESRA Kali Ketiga telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Jun yang lalu. Pelbagai acara telah dipertandingkan antaranya acara lompat kijang, lompat tinggi, 100m dan sebagainya.

Tema sukan kali ini adalah 1Malaysia dan keempat-empat rumah telah dikehendaki menyediakan khemah serta pasukan perbarisan mengikut tema yang telah diberi.


Pada tahun ini, AZ telah berjaya menjadi Johan Perbarisan dengan menampilkan kombinasi pakaian 3 kaum terbesar di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India.

Dalam kejohanan kali ini, peserta-peserta AZ telah berjaya memberi saingan kepada peserta-peserta yang lain.


Peserta AZ menyinar dalam acara padang manakala untuk acara larian, terdapat peningkatan yang baik terutamanya bagi Kategori Bawah 15 Perempuan.



Bagi acara guru dan staf pula, pasukan AZ telah berjaya mengungguli dalam semua acara yang dipertandingkan iaitu acara larian 5 X 20m, acara baling peluru lelaki dan perempuan. 


Acara terakhir yang dipertandingkan adalah acara tarik tali. AZ telah berjaya melangkah ke peringkat akhir namun gagal mengatasi kekuatan pasukan LM. Namun begitu, tahniah kepada pasukan tarik tali AZ yang telah sedaya-upaya memberikan persaingan sengit kepada pihak lawan.



Selepas kiraan mata, AZ telah berjaya menduduki tempat ketiga dalam kejohanan kali ini. Syabas diucapkan!


Tahniah dan syabas kepada semua ahli AZ yang telah sama-sama memperbaiki kedudukan rumah dalam kejohanan ini. Diharapkan agar semua ahli akan terus berusaha bagi memastikan AZ akan terus gemilang.


suka? boleh LIKE

No comments:

Post a Comment