Tanggal 29 hb yang lalu telah diadakan Hari Ko-kurikulum dan HEM bagi tahun 2011. Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada pelajar dan guru-guru yang telah menyumbang kepada pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.
Majlis bermula pada pukul 9 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Hamzani b. Suein, Penolong Pengarah Kanan Sekolah Unit SBPSK. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Kadet Polis sebelum tetamu kehormat dan barisan pentadbiran bergerak masuk ke Dewan Dato' Azam.
Seterusnya majis penyampaian anugerah kepada semua pemenang telah diadakan. Seperti yang dijangka, Akhirul Zaman telah memenangi Anugerah HEM Kamar Lelaki Terbaik iaitu kamar Akhirul Zaman 1 Aspura.
Bukan itu sahaja, Anugerah HEM Kamar Perempuan Terbaik juga dirangkul oleh rumah Akhirul Zaman iaitu juga kamar Akhirul Zaman 1 Aspuri.
Seterusnya saat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh warga SEMESRA yang menghuni Dewan Dato' Haji Azam iaitu Anugerah Rumah Terbaik Keseluruhan. Penantian dan segala penat lelah yang dirasai oleh semua warga Akhirul Zaman dalam berusaha sepanjang tahun untuk mengekalkan kejuaraan rumah terbaik keseluruhan pada tahun 2010 akhirnya terbalas apabila rumah Akhirul Zaman sekali lagi dinobatkan sebagai Rumah Terbaik Keseluruhan untuk tahun 2011 !
Diharapkan Akhirul Zaman akan merangkul kejayaan yang sama pada tahun 2012. InsyaAllah ~
No comments:
Post a Comment