Thursday, April 26, 2012

Program Jaringan Antara Rumah Merah SEMESRA dan SBPI Jempol

Pada 8 Mac yang lalu telah diadakan satu Program Jaringan Antara Rumah Merah sebagai menyahut dan melaksanakan langkah-langkah reformasi SBP yang telah disarankan oleh pihak Unit SBP.

Rumah Akhirul Zaman dari SM Sains Rembau telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Rumah Tariq bin Ziad dari Sekolah Berasrama Integrasi Jempol bagi menjayakan program ini. AZ telah menghantar seramai 40 pelajar bagi menyertai program ini yang telah diadakan di Sekolah Asrama Integrasi Jempol, Negeri Sembilan.

Rombongan AZ telah disambut mesra oleh Ketua Guru Rumah Tariq bin Ziad dan AJK-AJK rumah yang lain. Kedua-dua rumah telah bersetuju untuk mempertandingkan dua acara iaitu acara bola sepak dan bola jaring sebagai sebahagian daripada aturcara program.



Bagi pertandingan Bola Jaring, pasukan AZ telah berjaya mengatasi pasukan Tariq bin Ziad dengan perbezaan jaringan yang agak membanggakan iaitu 34 - 12. Bagaimanapun, pasukan bola sepak AZ hanya mampu untuk seri 0 - 0 dengan pasukan bola sepak Tariq bin Ziad.

Selepas perlawanan berakhir, rombongan AZ telah dibawa ke kawasan asrama bagi melihat kamar-kamar Rumah Tariq bin Ziad. Ahli-ahli bagi kedua-dua rumah telah mengambil kesempatan ini  untuk bertukar-tukar fikiran bagi memperbaiki sistem rumah di sekolah masing-masing. 



Sebelum bersurai, satu upacara penyampaian hadiah telah diadakan. Hadiah telah disampaikan kepada pemenang-pemenang pertandingan yang telah dijalankan. Kedua-dua rumah juga telah bertukar-tukar cenderamata tanda kerjasama erat yang telah terjalin.

bergambar kenangan

Semoga program ini telah dapat membantu ahli-ahli AZ dalam mencetuskan idea bagi memperbaiki dan menaikkan lagi nama rumah. Diharapkan agar kerjasama yang telah terjalin akan dapat berkekalan dan semoga kerjasama yang sama akan dapat dijalinkan dengan rumah-rumah Merah dari sekolah yang lain.

suka? boleh LIKE

No comments:

Post a Comment