Berpandukan tema yang diberikan iaitu 'Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah', ahli-ahli rumah bertungkus-lumus untuk menyiapkan sepanduk rumah. Selain menyiapkan sepanduk, mereka juga telah berlatih bagi memastikan bacaan selawat pada hari pertandingan adalah baik.
Pada hari pertandingan, semua pelajar telah berkumpul di astaka mengikut rumah masing-masing.
Mereka kemudiannya telah berarak dari astaka ke Dewan Dato' Azam sambil berselawat ke atas nabi.
Alhamdulillah, Akhirul Zaman telah berjaya mendapat tempat ketiga pada tahun ini. Pencapaian ini merupakan penambahbaikan dari pencapaian bagi pertandingan yang sama pada tahun lepas.
Tahniah diucapkan kepada semua ahli yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan pertandingan ini. Semoga pada tahun hadapan, AZ akan dapat memperbaiki mutu dan kualiti persembahan agar pencapaian akan terus dapat diperbaiki.
No comments:
Post a Comment