Thursday, January 24, 2013

Selamat Datang Extrovert Akhirul Zaman Kohort Ke-2 !

Pada 7 Januari yang lalu, warga Akhirul Zaman telah menerima seramai 38 pelajar Tingkatan 1 batch Extrovert kohort ke-2.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang Minggu Silaturahim selama 2 minggu. Pada  malam penutup, setiap rumah dikehendaki untuk membuat 1 persembahan multimedia dan 1 persembahan pentas. Rumah Akhirul Zaman telah memilih sketsa muzikal sebagai persembahan pentas.

Tahniah diucapkan kepada adik-adik tingkatan 1 Akhirul Zaman kerana telah berjaya meraih kejayaan dalam 3 daripada 4 pertandingan yang dijalankan sepanjang Minggu Silaturahim ini. Antara kejayaan yang telah berjaya dicapai ialah :

Johan Sukan Rakyat (Perempuan)


Naib Johan Sukan Rakyat (Lelaki)


Persembahan Multimedia Terbaik


Sekalung aprisiasi buat semua warga Akhirul Zaman yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Minggu Silaturahim Tingkatan 1.

Antara kenangan manis yang sempat dirakamkan.



Kepada adik-adik tingkatan 1, tahniah dan selamat datang kami ucapkan. Semoga kehadiran anda semua akan mengharumkan lagi nama Akhirul Zaman =)


#TerimaKasih.

suka? boleh LIKE

No comments:

Post a Comment